05 December 2010

Tiada.Paksaan

Melakukan sesuatu kerja dengan rela hati
tanpa di suruh or paksaan.
Itu akan buat aku rasa 
lebih selesa dan tenang
bila melakukan kerja-kerja itu.
aku jugak dapat buat keje
tanpa mengungkit
tiada bebelan di mulut
sentiasa tersenyum
Semua ni akan terjadi
bila mood aku tengah baik
dan kerajinan meluap-luap
Ahahaha

Hari ini aku rasa ringan sangat tulang ni. Aku da kurus ke ? ? ? pastinya TIDAK. Mood aku baik ini hari. Bangun tido seperti biasa, tersepak mrs.Omey yang pasti ada di hujung kaki aku setiap pagi yang sedang membersihkan bulu di badannya yang tak berape nak comot tu, sebelum dia melangkah ke alam mimpi semula. Oh rupanya mr.Ecak masih lagi tido menunggu aku bangun. Sungguh setia my sayang-sayang ni di sisi aku. Ahahaha. 

Aku terus bersihkan badan & segala kotoran basi, turun bawah letak baju dalam washing machine dan biarkan ia melakukan kerjanya untuk mewangikan semula pakaian luar & dalam aku. Sementara menunggu, aku bekfes dulu. Dua keping roti canai & Teh tarik. Habes makan, aku pun mencuci pinggan mangkuk cawan dan segala apa yang boleh di cuci temasuk sinki dan batang paip sinki tu skali. 

Pakaian dalam machine tak abes lagi, aku pun sapu halaman dulu. Tettt tettt tettt . . washing machine bunyi menandakan sudah selesai. Aku pun sidai pakaian yang harum semerbak tu, cuaca pun panas boleh la kering cepat. Aku pun teruskan lagi kerja pembersihan dalam rumah pulak. Seperti biasa, vacumm tetap setia berkhidmat memandangkan aku alah pada habuk yang boleh menyebabkan idung tesumbat dan aku akan bersin tanpa henti sepanjang hari. Memang takkan menyapu dalam rumah la kan.

Huaaaaaa . . . lepas siap kemas mata pun jadi ngantuk. Badan pun jadi letih semula. Ahaha. Nak tido tak boleh, nanti malam taley nak tido pulak. So, mata sila la bertahannn!!! 

0 mosip mosip:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...