21 December 2010

P.E.L.U.P.A

          Assalamualaikum

Haaa rasa-rasanya semua orang ade penyakit PELUPA ni kan. Termasuk la aku yang sentiasa lupa lupa dan lupa walau benda kecik. Contohnya kita nak amek sesuatu di sana, baru 10saat berjalan ke sana kita da lupa apa yang kita nak amek kat sana tu. Ni memang selalu jadi la, lagi 1 kita lupa kat mana letak barang dan macam-macam lagi la kan.

Masalah aku sekarang ni, aku perasan aku sudah semakin pelupa, sangat pelupa kot. Ada masa aku baca atau tengok something 5saat yang lepas pun aku ley lupa. Dasyat kan??? rasa macam dah kritikal sangat je,rasanya dulu memang tak seteruk ni masalah pelupa aku ni. Aishhhh. 

Then aku pun nk siasat gak apa punca aku jadi macam ni dan aku jumpa la sikit tips untuk aku or sesape yang ada masalah yang sama dengan aku . . .


Ini antara cara-cara yang boleh kurangkan
penyakit PELUPA . . .
Elakkan makan yang berlebihan (Makan bila rasa lapar Berhenti sebelum kenyang)
Elakkan makan makanan yang tercemar oleh semut
Elakkan minum air antara suapan makanan
Perlu ambil sarapan
Amalkan tidur & rehat yang cukup tapi tak berlebihan
Banyakkan membaca & bermain dengan angka(perlu mengasah otak dan belajar sesuatu yang baru)
Rajin bersukan@lakukan sesuatu permainan (elakkan sukan yang menyebabkan gegaran kuat di kepala)
Dengar muzik yang menenangkan
Hati-hati dengan pengambilan ubat dan vitamin
Elakkan tutp muka ketika tidur

dan paling PENTING
Fokus bila lakukan sesuatu
Amalkan berpuasa boleh menajamkan minda
Amalkan membaca Al-Quran
Latihkan diri berzikir (Ya Rahman 100x selepas solat, Ya Hakim 300x setiap hari)


Wahhhh banyak jugak kan dan kebanyakkan berkait dengan MAKAN. Adehh, itu la yang paling gemar aku buat. Now, kene la control makan aku dari sekarang sebelum terlambat di hari tua nanti tak pasal-pasal belum sempat tua da jadi nyanyok plak kan. Ahahaha. Ada jugak banyak benda antara list kat atas ni aku dah jarang buat. Hmmm.... patut la ingatan aku ni makin lemah sekarang. Hehe.

So, aku kene la berubah dan ni mungkin sebahagian azam baru kan. Hehe. InsyaAllah, mane tahu sifat pelupa ni boleh berkurangan kan. Caiyok2!!! Opsss sebelum terlupa ada lagi 1 . . .

Makanan meningkatkan fungsi Ingatan

Buah anggur hitam
Madu lebah
Halia
Buah badam
Susu
Air zam zam
Kismis
Jus karot & madu
Epal
Kurma

Ikan tuna
Tempe
Air soya



Okey,,,takat ni je la yang mampu aku sharing dengan semua. Smoge penyakit pelupa akan sembuh di hari-hari yang mendatang. Heh3.

0 mosip mosip:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...