MAMEE Goreng Indonesia
Megi Goreng bersama Daging Cincang.
Bahan-bahan :
- Sebungkus megi goreng (sebarang jenama)
- Sebiji telur ayam
- Cili boh / cili api
- Daging Cincang
- 1 sudu teh minyak masak
- Air bersih
Cara masak :
- Celurkan megi kedalam air panas. Lau nak lebih cepat, celur dalam air mendidih. Kemudian rebus sekali daging, guna air yang sama pun boleh takde masalah.
- Sediakan kuali bersih, jangan hidupkan api lagi. Campurkan kesemua rencah megi, cili dan minyak. Gaul semua bahan tersebut.
- Hidupkan api yang paling kecil sekali. Kacau bahan tadi sehingga naek bau, masukkan megi & daging cincang. Kacau rata, masukkan sedikit air (lau mahu basah-basah).
- Kemudian masukkan telur ayam. Kacau sehingga masak.
- Taburkan bawang goreng, megi goreng daging siap sedia di hidang =)
Mudah kan ? ? ?
Lau nak tambah perisa lain, boleh letak sos black paper.
Cili pun boleh diganti dengan serbuk black paper.
Daging tak boleh ditukar ye
sebab ni resipi MEGI GORENG DAGING.
lau nak kene tukar nama menu skali okey.
Ahahaha.
~ SELAMAT MENCUBA ~

0 mosip mosip:
Post a Comment