07 December 2010

Kek Coklat Kukus VanHouten

Name nak panjang je kan. Kenape VanHouten ? ? ? sebab dah pakai jename coklat tu, takkan nak kasi name cadbury pulak kan. Ahaha. Ni hanya tambahan resipi aku sendiri je, resipi kek asal tak gune pun. Hehe. So, kali ni aku nak share resipi KEK COKLAT KUKUS VANHOUTEN.

Bahan-bahan (kek);
  • 240g Tepung Gandum
  • 120g Serbuk Koko
  • 240g Gula Pasir
  • 250g Susu pekat manis
  • 250g Minyak masak
  • 250g Air panas
  • 2 biji telur (gred A)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
    Bahan-bahan (krim+hiasan);
    • 200g Baking chocolate VanHouten
    • 1 sudu teh cocoa butter
    • 2 sudu besar badam kisar (digoreng hingga naik bau)
    • 1 sudu besar cip coklat vanila/coklat
    Cara Memasak
    • Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko.
    • Dalam mangkuk adunan lain, pukul telur, minyak, susu dan gula hingga sebati.
    • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
    • Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau,
    • Kukus selama sejam.
    • Untuk krim, cairkan chocolate dan cocoa butter di atas air menggunakan 'double boil'.
    • Salutkan krim di atas dan tepi kek, kemudian taburkan badan dan cip coklat. Simpan dalam peti sejuk sehingga coklat keras.

    *Pastikan bahan-bahan kering diayak sebati dan elakkan dari berketul
    *Gunakan sudip untuk memukul adunan dan tidak perlu guna mesin pemutar.
    *Untuk membuat krim, pastikan kek sudah dibiar sejuk terlebih dahulu.
    *Gunakan kertas minyak supaya mudah untuk keluarkan kek dari loyang.


    Senang je kan?
    Kek pertama yang aku pernah cuba
    Buat ikut sukatan yang betul mesti menjadi punye
    Kek paling mudah kowt
    Bahan pun tak susah nak cari
    Mane-mane kedai kek pun ada jual
    Lau ada yang malas nak buat salut luar tu pun takpe
    juz buat kek saja pun sedap

    resipi kek dari majalah 'rasa'
    ni ada blog untuk resipi kek yang lain


    Selamat Mencuba!!!


    Adunan sebelum dicampur air

    Adunan selepas dicampur air

    Tabur sedikit cip coklat sedikit untuk lebih kelembapan. Sapukan mentega di atas & bawah kertas minyak sebelum menuang adunan.

    Kek sudah siap dikukus.



    KEK COKLAT KUKUS VANHOUTEN


    2 mosip mosip:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...