Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Salam Maal Hijrah kpd semua umat Islam di seluruh pelusuk muka bumi Allah ini. Hehe. Baru terhegeh-hegeh nak wish kn. Sekarang sudah 5 Muharam 1432H. Bermakna kita dalam tahun baru di bulan Islam. Agak-agak ada yang tahu tak anda lahir dalam bulan islam yang mana?? mestila ada yang tau kan. Aku je yang tak tau, ahaha. Turutan bulan Islam pun ingat tak ingat dah. Ape la aku ni kn.
So, aku sudah temui satu website yang mudah untuk kita tahu tarikh lahir kita dalam bulan Islam. Sesiapa yang nak tau boleh lawati Islamic Finder ni, pergi ke kalendar dan klik Date Conversion. Di situ ada jugak info waktu solat,kalendar islam dan macam-macam lagi la kn. Korang boleh la terjah sendiri. =)
Kebiasaan kita akan tengok zodiak ikut bintang dan bulan lahir kn, ni aku nak share keperibadian berdasarkan Bulan Islam ni. Ni sekadar bahan bacaan sahaja, kesahihan tu ada kebetulan ada juga tidak kan. Wallahualam.
Muharam
Seseorang itu bersifat pendiam dan memiliki pemikiran yang sihat. Mungkin akan menjadi tidak sihat sekiranya dia tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi seorang yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada padanya. Di samping itu dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaaan yang selamat.
Safar
Mempunyai tabiat yang buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu. Jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya perkara yang dilakukan itu akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Mempunyai perwatakan yang baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat yang besar, menjadi orang yang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang menyukainya. Walau bagaimanapun, sifat negatif yang ada pada dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Mempunyai perwatakan yang jahat dan hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya yang lemah, buruk nafsunya, mempunyai perwatakan yang kasar serta mudah ‘datang tangan’ (nak melempang orang ler tuhh). Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang boleh mendatangkan kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Mempunyai watak yang berani, menghormati orang lain. Dia mempunyai pelbagai kebolehan dan kebijakan. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru, maka dia mudah mengakuinya. Tetapi, bila dia tahu yang dia benar, dia akan tetap mempertahankan pendiriannya dan tidak akan mengaku kalah. Semasa kecil, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agar sifat-sifanya yang baik itu terserlah. Jika betul didikannya, semasa dewasa nanti dia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia seorang yang degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun, hidupnya selamat dan aman.
Syaaban
Mempunyai perwatakan yang baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Semasa dewasa, dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam dan suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman-teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Mempunyai perwatakan dan hati yang keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya. Oleh itu, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya akan menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Seorang yang pendiam. Mempunyai banyak perkara baik pada dirinya dan kadangkala berubah menjadi kurang baik. Dia seorang yang banyak berfikir. Disebabkan sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi, disebabkan banyak berfikir, kadang kala dia menjadi keliru. Dia seharunya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat, dia akan menjadi terlalu jahat. Jika baik, akan menjadi terlalu baik. Dia sering mendapat padah hasil dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalinya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruknya perbuatannya itu. Dia seringkali menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.
Aku lahir 4 Syaaban 1407H. Tengok-tengok sifat yang lahir bulan Syaaban tu ada la sikit-sikit lekat kat diri aku ni tapi tak semua kot. Heheh. Bab rezeki semua ditangan Allah, tapi usaha pun kena ada kan. Wallahualam. =)

0 mosip mosip:
Post a Comment