20 February 2011

A d e B r a n i ? ? ?

          Assalamualaikum

Pernah tak dengar cerita rumah berhantu kt Shah Alam ? ? ? Aku tau kesah rumah berhantu ni pun dari email akak aku dapat dari ofismate dia. Tak tau la sejauh mana kebenarannya kesah dari email ni.


 Korang rasa-rasa ada ke orang nak duduk rumah macam ni ???
 mengikut dari kesah sebenar amat panjang untuk diceritakan tapi aku ringkaskan la kat sini eh . . .

Kisahnya begini . . .
9 tahun yang lepas, ada sekumpulan pelajar dari Uitm Shah Alam ingin mencari rumah sewa secepat mungkin disebabkan tidak dapat hostel. Then salah seorang dari mereka cari rumah berdekatan Seksyen 2,berhampiran Wet World. Dia pun jumpa la sebuah rumah banglo 2 tingkat ada 4 bilik, 3 bilik di atas 1 lagi bilik di bawah [gambar kt atas tu la rumahnya, banglo ke?mcm uma teres biase je.huhu]

Sewa sangat murah. RM50 sebulan. Tuan rumah pesan, tak perlu bawa barang banyak2 nanti tak penat nak punggah pindah balik dan pokok ara tepi rumah tu besar sangat dan dahan dia bole masuk kt tingkap bilik atas. Tanpa pikir panjang mereka pun setuju duduk kt situ kerana tiada pilihan lain. Mereka ada 8 orang, so 1 bilik 2orang.

Malam pertama keadaan masih stabil. Tiada perkara pelik2 berlaku. Masuk hari kedua, waktu jam 1030 pagi lebih kurang mereka mula diganggu oleh makhluk halus. Bilik air terkunci dari dalam siap ada bunyi pam tandas sedangkan semua sedang nyenyak tidur lagi. Tiba waktu malam makin menjadi gangguan mereka alami, macam-macam mereka nampak dan dengar.

Ada sorang ni kene tarik kaki ketika tidur sampai jatuh katil, then dengar sore kawan2 dibawah sedang tonton dvd sedangkan td nampak kawan dia ade atas katil. Dia pun tengok balik atas katil, selak selimut sekali tengok batu nisan! Terus lari keluar bilik tengok kawan2 dia tadi dah takde. Rupanya yang lain semua dah de kt luar rumah, dia je yang syok tido lagi kt dalam. Mereka pun ambil keputusan tuk lepak kedai mamak sepanjang malam tu dan kembali sok pagi untuk buat apa yang patut. Mase nak pergi tu pun mereka nampak ada perempuan kt pintu tengah senyum sambil melambai2 tangan kat mereka.

Sedang syok cerita2 apa yang mereka alami dlm rumah tu baru perasan 2orang dari mereka takde. Then try call hp, nak tau apa yang jawab? sore perempuan mengilai. Terus semua diam.

Pagi tu, mereka balik semula ke rumah. terima panggilan salah seorang yang hilang tu da ada kat hospital. So seorang lagi hilang. Mereka pun cari2 kt sekeliling rumah tak jumpe jugak. Mereka pun panggil ustaz, baru jumpa. Ada kat busut belakang rumah tu.

Si pencari rumah sewa ni tanya la kat kawan dia yang hilang tu cerita sebenar. Rupanya mereka berdua da buat hal kat rumah tu masa hari pertama mereka masuk. Budak dua orang tu pergi cangkul2 busut tu dan kuis2 ngan kaki.

Beberapa hari kemudian kedua mereka ni meninggal dunia. Yang lain pun dah pindah ke rumah sewa yang lain. Dan ada lagi pesan meke, ada hp nokia 3310 tetinggal kat rumah tu. Siapa berani pergi la amek.
[3310 9tahun yang lepas kira mahal la jugak kan. huhu]

nak tau cerita penuh boleh bagi email nt aku 4word email. baca cerita penuh lagi seram kot boleh terngiang2 je dalam ingatan. hehe

Percaya tak??? cerita ni bukan aku yang reka tau. Apa yang aku nak cakap, makhluk halus @ jin ni ada di mana-mana. Lagi-lagi rumah yang lama ditinggalkan, jin akan berkampung la kat situ. Lagi satu lau kita tak solat dan baca ayat2 suci al-Quran dalam rumah pun jin akan kacau kita. Lau nampak or dengar apa-apa yang tak patut tu mengucap, takbir, ayat kursi or baca mana2 ayat AlQuran yang korang ingat. InsyaAllah benda tu akan pergi.

Aku sendiri pun pernah alami mase sem 1 [2005] kt hostel poly bukan rumah kat atas ni tau. Dengar benda tu berdegus [mcm bekeruh pun ada] kt telinga aku. Mase tu jam 3 pagi kot, stay up siapkan assigment sorang2. Aku sangka kawan aku sebab meja tu betul2 ujung katil dia. Toleh takde pulak bunyi, tiba bunyi macam kat tingkap. Ada hati tu aku nak selak langsir tapi pikir balik tak jadi la. Haha. Pastu makin lama makin dekat pulak sore tu kat telinga aku. Terus aku baca apa yang patut then tido.

Tu kali kedua kot, yang pertama mase aku nak pergi terkucir, tapi pintu toilet tutup n terkunci dari dalam. Ingatkan ada orang, aku siap ketuk2 lagi. Lama tunggu senyap je. Aku balik bilik panggil kawan aku, kitorang pergi ramai2 tolak2 tak boleh. Tunggu kejap bape minit tolak lagi, baru boleh. Toilet floor tu pun memang suram gila kot. Lagi pulak ada 1 bilik tu di biar kosong.Pintu pun memang tak boleh tertutup rapat sebab pintu terlebih besar or dinding pintu tu yang kecik. Tapi kenape pihak poly tak repair je kan? Hmmmm . . . . .

Sekarang pun macam selalu pulak aku mimpi yang bukan-bukan. Aishhh. Ni mesti banyak tengok citer antu kan. Alhamdulillah dalam mimpi tu aku mampu takbir [ Allahuakbar ] tak benti2 tuk hilang takut. Bila sedar dah peluh2. Huhu. Mungkin aku dah tinggal sorang dalam bilik tu kan, dulu akak aku ade takde pulak jadi macam ni.

Okeylah, cukuplah takat ni cerita hantu. Semalam dah tak boleh tido sebab baca cerita dari email tu kul 2 pagi, malam ni nak lupakan semua cerita ni. Hehe.

Daaa . . . . . . .

0 mosip mosip:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...