09 February 2011

C.o.k C.o.k.e.L.a.t

          Assalamualaikum

Hari ni mood kembali normal, bila sudah normal ni rasa macam malas pulak.
Elok mood aku bengang macam semalam sebab bila bengang memang aku akan jadi sangat rajin.Hakhakhak.


C.O.K.E.L.A.T @ C.O.K.L.A.T @ C.H.O.C.O.L.A.T.E
ikut la mane2 korang rasa nak guna dan paham untuk di sebut dan baca la kan 
aku suke yang C.O.K.E.L.A.T
 sekali lagi . . .
okey2, kite teruskan dengan tajuk kita . . .



Aku nak cerita pasal C.O.K.E.L.A.T.  sekali lagi ati sangat suka. Aku sangat suka cokelat, lau dulu mase masih study, rajin jugak beli cokelat cadbury bar yg besar tu kan. Pastu makan habes sorang2. Hahaha.  Tapi kadang ade gak ajak2 ayam ngan kawan walaupun agak kedekut kadang tu nak bagi kan. 

C.o.k.e.l.a.t  H.i.t.a.m
 
Rase2 penah makan tak cokelat ni??? selalu pun aku makan cokelat yang bersusu. Contohnya cadbury dairy milk tu, sedap je makan rasa macam susah nak stop bila da skali makan tu kan. (ni lau orang yg betul2 minat coklat la). Yang aku tau, aku pernah makan coklat hitam ni rasa dia ade pahit2 ckit kot. Harga pun mahal jugak la nak dibanding coklat biase. Aku dapat makan tu pun maklong aku yang bagi. Heheh.

KHASIAT COKELAT HITAM

1. Coklat kaya dengan antioxidant seperti catechins dan phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

2. Coklat hitam ada 4 kali kadar catechins dan phenols berbanding teh.

3. Antioxidant juga menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

4. Coklat tidak mengemukkan. Pengambilan yang berlebihan yang meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

5. Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

6. Coklat juga mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

7. Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

8. Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

9. Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik.

10. Dapat mengurangkan stress dan nervous.

11. Coklat berwarna hitam membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

12. Mengurangkan sakit ketika haid. Bagi wanita yang menghadapi PMS, coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).
sumber diambil dari s i n i

Menarik tak?
aku tertarik point yg last skali tu.
Lepas ni sakit2 boleh lah cari coklat kan.
Makan coklat baik untuk kita
Tapi diingatkan!
Jangan makan berlebihan
ia juga seperti makanan2 lain jugak.

0 mosip mosip:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...