29 November 2010

Si Pengapitan

Assalamualaikum . . .

Alhamdulillah . . .
Tugas aku sebagai Orang Penting di Hari Penting sudah selesai.
Dua hari aku diberi tanggungjawab untuk menjadi Pengapit.
Majlis Berinai dan Persandingan buat teman rapat aku
Shuhaidah Shaharum & Mohd Farhan Md Ali
di Taman Sri Ramal, Kajang.

SELAMAT PENGANTIN BARU !!!!


Al kisahnya Si Pengapitan ~

26 November 2010

Aku tumpang tido umah maklang aku memandangkan semenyih-kajang tak jauh untuk aku ulang alik. Jam 6.30 petang aku bergerak dari rumah ke tren. Tren pulak Jam 7.15 baru sampai. Seperti biasa aku akan duduk di koc wanita. Perjalanan dari stesen kuang ke kajang mengambil mase lebih kurang 50min. Sampai di kajang, aku pun tunggu kazen aku jemput. Tapi kazen aku ade kerja lagi yang perlu disiapkan terpakse la aku tunggu di tempat keje dia hingga selesai. Perut da bunyi2. Jam 1030 baru la dapat makan. Lambat gile tunggu naseb baek mkanan sedap. Selesai makan terus balik, mandi then maklang aku hidang cekodok n air pulak. Kene la makan jugak walaupun perut dah kembung macam nak meletop. Dah makan terus la tido. Hahahaha.

27 November 2010

Jam 3.00 petang, pengantin akan akad nikah. Jam 2.00 petang aku belum jugak sampai rumah sebab ade hal laen yang perlu di setelkan dulu dengan kazen. Penat tekejar sane tekejar sini. Perjalanan dari umah kazen aku ke rumah pengantin amek mase 20 min. Sampai umah kelam kabut terus bersiap2. Sampai2 di destinasi yang dituju, baru teringat. Meke nikah dimana ye???? ahaaaaa. Confident je aku meke nikah dekat surau rumah shu, tengok2 tade orang pun. Cepat2 la kol shu, rupanya meke nikah di Masjid Sg Ramal Dalam dan sudah selesai nikah pun. Aiyaaaa... Dah jam 3.45 mase tu memang la kan. So, meke pun ondaway dah nak balik, aku tunggu je la. Terlepas aku nk tengok live. Dengan sekali lafaz, mereka telah di ijab kabulkan. Hebat jugak si Farhan ni. Tahniah buat mereka. Hehe.

Pengantin lelaki tak sempat jumpa mase ni nak bergambar sekali. Dia tak masuk rumah, mungkin terus balik tuk rehat & siap2 tuk majlis malam berinai pulak.


Jam 5.00 petang aku pun terus balik untuk tukar baju & siap tuk jalankan tanggungjawab pertama, Pengapit Malam Berinai. Majlis bermula lepas isyak. Malam ni aku sempat sampai tepat waktu nya. Haha. Tapi aku yang neves lebih, pengantin boleh releks gelak2. Dah dekat nak start majlis tu boleh aku rasa nak terkucir pulak. Macam macam pulak aku ni. Hehe. Jam 8.40 lebih kurang, majlis pun bermula.

Aku pun tak tau macam mane rupe majlis ni mulanya. Kene cicah inai kat tangan pengantin ke, kene pakaikan pengantin inai ke. Hahaha. Rupe nye bersanding macam biase, macam sanding waktu siang tu. Ade renjis air mawar, bunga rampai. Cuma malam berinai lebih untuk kenal2 dengan sedara mara. Sangat meriah kot malam tu dengan sedara mara dua belah pihak pengantin. Dengan gelak tawa mereka ilang ckit rase nerves+segan+malu aku yang membuak2 tu. Hehe. Aku pun mula la maenkan peranan melayan pengantin seperti Permaisuri Raja.

Ececehhh kunun segan pulak kan. Hahahah. Depan tu penuh dengan orang kot. Memang segan giler laaaa. Nak diri camne pun tak tau. Kekok.

Jam 10.30 selesai majlis aku pun dihalau. Sob3. Bukan suh balik tapi pergi makan. Lepas makan aku pn salam2 semua, terus pulang ke rumah.


28 November 2010

Hari Persandingan. Tanggungjawab aku kedua akan bermula. Yang ni lagi berat rasenye dari malam berinai. Waktu yang lebih panjang, cuaca lebih terik, keadaan lebih berbeza. Seperti biasa, kali ni aku sampai tepat Jam 1. Shu da siap standby sorang tuk ganti aku sebab dia kol aku tak jawab2. haha. Risau dia aku datang lambat lagi. keh3.

Bermulanya tugas untuk hari ni, seperti biase iring pengantin perempuan kuar rumah menyambut pengantin lelaki. Cuaca agak terik, mungkin kerana hujan akan turun di petang hari. Then, seperti biase kerja pengapit kene la sentiasa berdiri sebelah pengantin perempuan (mestila takan pengantin lelaki pulak kan) sambil kipas2 pengantin & kipas aku sekali. Hahaha. Panas kot mane ley tahan. Ade pulak sesi berjemur di tengah jalan menyaksikan adegan silat. Syukur ade angin bertiup kejap kejap. Then baru la pergi ke pelamin. Bahang tetap terasa walaupun sudah duduk di bawah atap. Kipas yang malam tadi boleh rasa, siang ni tak rase langsung dah. Banyak jugak dugaan jadi pengapit ni. Naseb baek tak lama sanding hari ni, cume kawan kawan yang hadir datang salam pengantin sambil renjis. Mase ni la yang taley tahan malu, ex-classmate poly aku ramai yang datang salam. Dah taley nak sorok muke. Haha.

Bila da takde sape nak salam, terus bawa pengantin pergi ke meja makan. Ni la saat yang dinanti-nantikan. Haha. Perut dah lapaa dengan tekak haus. Sampai meja makan, ade orang tuangkan air. Then pengantin lelaki baca doa makan, kami pun teruskan makan tanpa pandang kiri kanan dah. hahaa. Tu aku la, pengantin kene la jalankan adegan suap menyuap tuk sesi begambar. Lepas makan, pengantin potong kek. Tugas pengapit pun tamat di situ. Oh yeahhhhh.

Di meja makan pengantin. Aku ngah sibuk amek lauk tuk si Pengantin perempuan.

Selesai sudah tugas aku sebagai Pengapit. Letih jugak jadi pengapit ni, lenguh2 kaki dgn tangan aku tapi ade jugak rase seronok. Dalam mase yang same boleh rasa macam mane bile duduk bersanding atas pelamin tu. Haha. Kat bawah ni aku nk share gambar-gambar yang sempat diambil oleh aku, my kazen and my frenz.

Hantaran biru ~ belah perempuan
Hantaran Kuning ~ belah lelaki

Antara kawan-kawan yang hadir . .
Zati

Isma & Nadiah

antara jejaka yang hadir. hua3.

~Si Pengantin Raja Sehari~

Sebelum pulang begambar dulu. Hehe.
Thankz to my kazen yang banyak membantu aku. Tahun depan dia suh aku jadi pengapit dia pulak. Hahaha.

Sekian Kisah Si Pengapitan.

0 mosip mosip:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...