Cuti sekolah sudah bermulaaaaa.... walaupun takde kene mengena dengan aku sekarang ni dan sendiri tahu takkan dapat bercuti ke mane-mane, mood cuti tu tetap ada bila menjelang akhir tahun ni kan. Ramai orang sibuk pikir nak pergi bercuti ke mana. Aku pun tetap sibuk berangan nk pergi bercuti jugak. Hahahaha.
Dalam banyak-banyak destinasi, aku akan pilih PULAU. Ahaaa. Ofcoz la pulau-pulau di Malaysia. (tu je yg mampu) Sekali lagi diingatkan, Pulau tau bukan pantai. Jangan salah paham, ade berbeza antara 2 tu. Hehehe.
Sebab ape nk tau? Pulau tu mengambil mase yang lame untuk sampai, kene ikut jalan darat @ udara dulu then kene merentas laut dengan bot. Tapi aku prefer naek kete untuk ke jeti tu
sebab boleh makan angin & singgah2 dalam perjalanan yang jauh tu. Leceh kan? ramai orang tak minat benda leceh tapi aku suke! rase mcm advanture ckit perjalanan tuh. Haha.
Until now, aku dah jelajah 5 pulau dalam Malaysia ni.
#1 Pulau Pinang
1st time pegi pulau ni umo bape tahun aku pn tak ingat. Lau ade sape2 tahu yang jeti tempat fery berlaboh tu penah runtuh satu ketika dulu. Mungkin umur kami panjang, mase tu tak terlintas nak balik naek fery. Balik2 dengar jeti tu runtuh. Kesian mangsa-mangsa tragedi tu.
So, pulau ni advance ckit, boleh pilih jalan darat or laut. So sape2 yang gayat & mabok laut tu bole la melawat ke Pulau Pinang saje okey. Pulau ni kira besar jugak, banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Antaranya Bukit Bendera( kene bayor naek atas bukit by tren,lau malam sejuk kt atas tu ), Batu feringgi ( ade pantai n bila malam ade pasar mcm uptown, yang besh byk ley dpt DVD pirate yg sangat murah. haha ), Plaza Gurney (ade pantai jugak, boley lepak2 sambil hirup udara ), dan banyak lagi laa tempat menarik. (malas nk taip..haha)
#2 Pulau Langkawi
Pulau ni aku pn tak ingat umur bape, rasenya tak reti berjalan lagi kowt. Haha. Tapi da banyak kali jugak pergi dulu, last pergi tahun selepas dr pembukaan cabel car kt langkawi ni. Mase tahun pembukaan tu pn aku pergi, dapat naek free. Kali kedua kene la bayorr. Hehe.
Pulau ni jugak tempat paling best untuk shopping especially Chocolate. Tapi itu mungkin waktu dulu sebab sekarang aku ade dengar barang kat sane pun dah mahal termasuk coklat. Tapi bagi sape2 yang masih mampu tu boleh je nk borong n jangan lupe untuk aku skali. Haha. Selain tu boleh pergi naek cabel car ( dekat2 dengan telaga tujuh), lawat tempat2 sejarah, trip lawat pulau2 kecil ( pulau dayang bunting plg best, de tasik kt atas bukit tu n boleh terjun mandi tuk sape yang pandai berenang shj ok. kata mereka air tu boleh ubat pnyakit. wallahualam.) dan banyak lg.
#3 Pulau Perhentian
Untuk pulau ni, aku pergi sekali je rasenye mase aku sekolah rendah lagi tahun 90an. Tu pun mase pulau ni tak terkenal lagi. Tempat makan pun susah nak cari. Hotel pulak makan tuk 2orang. Nak makan kt hotel mahallll. Nak makan kene jalan jauh ckit.
Pulau ni memang cantekkkk. Air laut biru jernih, 1st time pergi snorkeling tengok coral, ikan warna warni. Dan yang paling taley lupa, memang mase ni aku tak pandai berenang, life jacket
pn pakai. Malangnya ade orang takut air tp terjun gak, last2 aku jadi mangse. Dia pegang sambil tekan aku dalam air. Hampir lemas kowt, da la orang tu besar dr aku. Dia pn pakai life jacket tp takut tenggelam. Haha. Tak pasal-pasal je kan.
#4 Pulau Pangkor
Pulau ni pun 1st time pergi tahun 90an. Lepas dr tu ade la 2kali pegi lagi rasenya. Pulau ni tak banyak coral menarik, banyak dah mati. Datang sini lau nk jalan2 pulau, lepak rehat2 seronok la.
Aku last pergi cni pun ade tragedi jugak. Mase tu last day kt stu, hari sebelum tsunami pertama dulu. Mase tu ombak giler tinggi kowt, ade la lebih 5kaki. Da macam kat hollywood. Tapi aku brani jugak nk mandi, lompat2 bila ombak datang smpai terguling dalam ombak. Haha. Pastu terus tak mandi. Orang sume duk tepi pantai, tengok pelik ombak laut jadi mcm tuh. Termasuk baywatch2 kt ctu kate selama ni tak pernah jadi cmnih.
Esoknya dengar terjadi Tsunami besar tu, tak tau la kemungkinan ade kaitan benda tu jadi ke. Rasanya sekarang Pulau Pangkor ni dah selamat dah kot, aku pun tak pegi lagi pas dari tuh. Haha. Bukan takut tapi nak pergi melancong ke pulau lain pulak. =)
#5 Pulau Redang
Ni pulau terakhir & holiday terakhir aku pergi. Tahun 2008. Dan ini pulau paling cantek antara pulau2 yang pernah aku pergi. Sangat indah ciptaan tuhan. Air laut da tentu cantek, jernih, bersih... Coral pun cantek2 n sangat teruja. Pergi sane 2malam pun rasa tak cukup kot. Lau boleh nk pegi 5hari. Haha. Macam banyak duet je kan, tuk 2malam pn Rm310++ sorang. Ni antara yang termurah jugak la. Aku nginap kat 'Redang Reef Resort'. Aku rase ni chalet paling strategik n menarik untuk sape2 yang suke bergambar. Hehe. Rasenya tiap chalet/hotel akan bagi pakej. Meke akn bawa jalan untuk snorkeling, makan minum ckup 4kali sehari (sedappp). Tapi nak pergi kene la booking awal2 sebab tempat yg murah2 cepat full. =)
Haaa ni pun ade tragedi yang meninggalkan kesan, Haha. Macam2 kan, patut mase aku pegi rase tak sedap hati. Tengah seronok2 last snorkeling tu, tersepak la coral. Aiyaaaa. Tak rase sakit langsung tapi tengok kaki dlm air laen macam je. Terus naik atas bot, melimpah2 darah kuar then abang bot tolong bagi kapas n cuci2 ngan air. Tak rase sakit ckit pun, mungkin luka dalam air garam. Sampai pulau, pergila klinik atas nasihat abg bot tu.
Buat pertama kali kaki ku kene jahit!!! mase ni tak rase sakit lg sbb bius siap ley jalan2 tepi pntai lepas dr kene jahit tu. Hehe. Malam tu merana la aku nanges menahan sakit. Akibat bisa coral, lepas da bukak jahit datang merah & gatal2 1 badan aku. Berminggu jugak nak baek. Sedihhh sungguh. Terbantut nak cari anak shark petang tu. Hahahah.
Oh yeahhhh.... tu la cerita aku dan antara pulau-pulau yang telah ku jelajahi.. Dan aku pun ade la menyimpan hasrat tuk jelajah pulau seterusnya, PULAU SIBU. hehe. Ni la pulau yang aku nanti2kan. Bila agak2nya dapat sampai pulau ni kan. Hmmmmm . . . . . .
Jom layan gambar-gambar ni =)
PULAU LANGKAWI

PULAU PANGKOR

PULAU PERHENTIAN

PULAU REDANG

PULAU SIBU ?????
takmo letak gambar sebab tak pergi lagi. nnt termimpi2 pulak pergi sane. HAHAHA.
Selamat Bercuti =)





2 mosip mosip:
wah!!!bes nye..macam2 pulau kau pergi..aku takat langkawi, penang, redang je yg mampu..haha
lebih 2 je pun. haha. nnt sume da kawen kte plan pulak. (tahun bila tah kan dpt pegi) =P
Post a Comment