Assalamualaikum
Ape kabar teman-teman ku ? ? ? harap korang semua sihat2 la. Aku 3 hari ni kesihatan tak mengizinkan. Walaupun tak sihat tapi bole lagi pergi tengok wayang semalam. Hehehe. Tu pun sebab dah booking so kene tabahkan jugak hati pergi tengok wayang. =)
At first, aku sebenarnye malas nak pergi hospital pergi amek ubat. Aku pun makan panadol je semalam. Tapi tetap takde ape2 perubahan yang dapat mengurangkan sakit ni. Aku tak tau apa kene dengan aku ni. Hari jumaat tu aku bangun pagi tu dah berpusing-pusing pandangan aku ni. SANGAT TAK SUKA. Bila aku berjalan pun dah rasa terhuyung-hayang je macam orang mabuk. Tapi aku rasa lega ckit la sebab takde rasa macam nak muntah. Dah petang tu aku rasa dah ilang sikit pening tu. Tapi lain pulak jadi pagi esoknya. Pagi-pagi aku da tesedar rasa panas dan berpeluh2. Pening datang balik dan tiba-tiba perut rasa lain macam dan tekak pun. Ni dah sah la penyakit aku dah datang balik. Semua yang aku makan jumaat malam tu aku muntah balik pagi sabtu. SAKIT TAU. Muntah macam nak terkeluar sume yang ada dalam perut. Dah muntah aku cirit pulak. NANGESSSSSSSS!!! ni lah penyakit paling aku rasa terseksa dan paling aku tak suka. Huuuuuuu~
Then pagi ni jadi lagi benda same. Aku pun terpakse jugak pergi hospital. 2 jam jugak tunggu giliran nk jumpa doktor . . . de la dalam 20 orang dah kene panggil baru la giliran aku sampai . . .
Doktor ; Nurul Aqma. kenapa??sakit ape??
Aku; Pening2 muntah. Makan pastu muntah balik.
Doktor; dari hari ape tu?
Aku; Hari jumaat pening2. Sabtu ahad ni muntah2 pulak.
Doktor; Pening tu macam mane? Kalau pandang atas awak rasa bilik ni bepusing ke dalam kepala awak yang pusing.
Aku; [aku pun dongak la kepala] dalam kepala pusing.
Doktor; Okey. Mane yang lebih awak risaukan? muntah2 tu ke pening2?
Aku; [soklan ape ni??] muntah kot.
Doktor; sehari tu bape kali muntah??
Aku; ade la 2 3 kali.
Doktor; makne dalam sehari tu ade sekali la ye.
Aku; haa . . .
Doktor; Muntah tu kuar kaler ape?
Aku; Kaler kuning2.
Doktor; makanan la ye?
Aku; haa ye2.
Doktor; Awak last period bile?
Aku; selasa lepas.
Doktor; Selasa last period kn, hari pertama period bile?bpe hari bulan?
Aku; 6 hari lepas tu. [aku pun tengok la kalendar...] 30 hb.
Doktor; Awak sudah berkahwin ke?
Aku; Belum.
Doktor; Awak pernah bersama/buat sex dengan lelaki?
Aku; tak pernah [err soklan pe pulak doktor ni merepek ni. ingat aku ngandung pe???]
Doktor; Okey. Ada berak2.
Aku; Ada tapi cair la. Mcm cirit birit.
Doktor; Berak tu air ke mixed?
Aku; mixed2. saya pun jenis jarang berak. [nak tegelak pulak aku jawab soklan ni.haha]
Doktor; dalam sehari bape kali pergi toilet buang air.
Aku; ade la 1 kali. kadang 2 3 hari baru saya berak.
Doktor; Okey. nanti saya bagi ubat pening, muntah ngan garam tuk bancuh air dan minum.
Aku; Okey. terima kasih doktor =)
Hmmm . . . jadi segan pulak aku doktor ni bila tanya soklan2 sensitip pasal sex tu. Aishhhhh. Terkejut jugak muka aku bile ditanya tu, doktor tu pun nak tanya macam segan2. Dah la dia lelaki. Dulu mase pening2 camni aku pergi klinik takde pun doktor tu tanye soklan pelik2 cmtuh. Huhu.
Harap-harap cepatlah aku sembuh dan rasa sihat semula sebelum khamis ni. Lau tak tak enjoy la aku nak layan game Liverpool nanti. Huhu~ Lagipun aku tak tahan dah tiap2 pagi asik nak muntah je ni. . . .

1 mosip mosip:
Qema, jaga kesihatan. Jangan lupa makan ubat ye. Semoga cepat sembuh....
Post a Comment