19 July 2011

Kenangan di Anfield aka SBJ [Part 1] ^.^v

          Assalamualaikum

Ape kabar semua??? ade lagi ke orang bace blog aku yang semakin lama semakin kurang post. Aku pun sekarang ni tak tak bape nak semangat nak post kat sini dan seminggu ni pun aku tak bape nak sihat. Lagi pulak sibuk menanti kedatangan team feberet aku datang Malaysia iaitu LIVERPOOL FC Asia Tour 2011. Walaupun da 3 hari berlalu tetap terngiang-ngiang lagi kenangan yang paling dan sangat2 menggembirakan dan keterujaan aku selepas dapat tengok player-player kesayangan di depan mata!!!! Still macam tak percaya laaaa . . . . dan sememangnye aku pun mengharapkan LIVERPOOL FC akan datang lagi ke Malaysia. =)))

14 July 2011
LIVERPOOL FC Training Session . . . .

Aku pergi dengan adik beradik aku, kecuali abang aku je la yang tak pergi sebab dia kurang berminat nak pergi tempat yang sesak dengan orang ramai. So kami berempat je la, aku,akak,abang ipar & adik aku. Training ni kami terlewat sampai atas sebab mak mertua akak aku de operation pagi tu. Lebih kurang 37,800 yang hadir mase training session ni. Memang ramai giler la kan, kami sampai dapat la tempat kat atas. bawah kat grandstand pun da full. So pandangan pun agak luas tapi kurang jelas la muka2 pemain tu. 


Sebelum tu amek aura dengan tangkap gambar sendiri dulu. ahaha






Antara gambar-gambar mase training. Gambar tak bape clear sgt sbb jaoh. 
[bole klik tuk tumbesaran gambar]


sebelum balik pun haruslah bergambar terlebih dahulu =D


15 July 2011
LFC Zone at Pavilion, KL . . .

Hari ni di Pavilion ade sesi temuramah mesra dengan 6 orang player Liverpool FC. Aku dapat info dari husband kawan akak aku. Dia la yang tolong bagi info bila Liverpool ada kt mana2 dan waktu2 yang da ditetapkan dalam schedule. Sepatutnya dalam schedule meke ni smpai kat Pavi Jam5 petang, tapi akak aku dapat msg dr kwn dia Jam3 lbh tu meke da bertolak ke Pavi dan sampai situ awal pulak dan hanya setengah jam je meke kat Pavi tu. So aku dan akak aku ni terlewat sikit sampai kt Pavi. Terasa amat terkilan dan rugi. Kami pun tak terpikir tuk gerak awal. Hahaha. Kat LFC Zone ni memang suasana rasa macam kat Anfield la. Besttt dan berbaloi jgk la dtg sini wlupun tak dapat jumpe player. Hehe.


LFC Zone at Pavilion, KL.
[ Meireles, Kryziokis, Coach Steve Clarke, Carragher, Flanagan & Carrol ]
inilah antara yang hadir. Memang terkilan sungguh la,, Meireles ade pulak.



Sesi ramah mesra aku dengan Meireles & Gerrard. Exclusive ni. Hahahah.
Jersey Room - macam ala2 kat Anfield dah ni.


Dapat jugak poster bersama signature sume player =))

Jersi dengan tandatangan setiap pemain Liverpool FC.


bersambung . . . . .

2 mosip mosip:

amiey lee said...

amboiii bukan main lg bergambar ye...heeeee

Qema said...

heheheh...amek peluang la, bukan slalu..=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...