03 March 2011

itu J.U.D.I

          Assalamualaikum

A few days ago, aku ade la buat bw setelah lama tak terjah blog kawan2. Asalnya aku ade terbaca salah seorang blogger ni, ada kawan dia tegur yang mainan POKER tu haram sebab ia permainan judi. Aku pun baca la komen2 kt situ yang mana aku setuju ada yang mngatakan judi tu permainan yang melibatkan pertaruhan, means kita letakkan sesuatu benda/wang untuk dipertaruhkan bagi siapa yang menang. Then ada yang bagi link untuk kita tahu lebih lanjut makna judi yang sebenarnya.

Terasa macam skema pulak ayat aku kali ni. haha. Lepas aku da bace komen2 aku pun try la tengok2 kat link yang commentor2 tu bagi kn. Dan aku agak terkejut baca 1 blog ni berkenaan 'OMG! Anda Mungkin Pernah Berjudi!' ... penerangan dalam blog ni memang panjang, so aku juz amek  ape yang agak2 paling penting  dan patut kita tau, selanjutnya boleh la terus pergi ke blog tersebut.

 
Disebutkan :-

إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran" (Al-Mughni, Ibn Qudamah )

Dalam sedar tak sedar, permainan yang melibatkan wang penyertaan atau cabutan bertuah ada yang berunsurkan judi.

Contohnya ;

Dalam sesuatu permainan

1. Team yang kalah kene belanja team yang menang.

2. Setiap peserta dikenakan bayaran sebagai wang penyertaan. Wang digunakan untuk membeli hadiah.

Unsur judi datang dari sudut hadiah. Semua kumpulan sudah terdedah kepada untung dan rugi. Hanya kumpulan yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha. Tapi tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 ) 

Bagitu juga jika hadiah tu datangnya dari pihak ketiga yang tidak terlibat dalam permainan tu, ia jadi halal. Makna nya kalau ada sponsor la. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan yang tewas. Ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Tatkala itu pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan sahaja.

Dalam cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi

1. Sesiapa nak join dikenekan bayaran @ yuran secara langsung iaitu;
-secara tunai berdepan, sms, telefon dan internet.

Cabutan bertuah yang Halal
adalah semua cabutan yang tidak melibatkan pembayaran untuk pernyertaan.

Contohnya:
1. Cabutan bertuah untuk pekerja / ketika jamuan makan malam. Hadiah disediakan oleh pihak penganjur sepenuhnya tanpa dikenakan bayaran.

2. Cabutan bertuah di pasaraya. Bila beli atas RM100 dapat borang untuk join cabutan bertuah.
Pelanggan tidak rugi apa-apa dan wang digunakan untuk beli barang bukan untuk pertandingan dan begitu juga pihak pasaraya. Harga barang pun dibeli dengan harga asal.

Haa selalu kita nampak orang masuk kedai 'toto', main daun terup, snooker dan lain2 tu je kita tau judi kan. Ada jugak perkara remeh yang lain pun dikatakan berunsur judi. So, pikir-pikirkan dan selamat beramal!



Sumber,
'OMG! Anda Mungkin Pernah Berjudi!'
Sumber dalam blog diatas diambil dari Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.
Zaharuddin.net

2 mosip mosip:

Anonymous said...

woooo main judi ko ye...

Qema said...

hahaha.. tak sengaja, ampun!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...