Assalamualaikum
안녕, 내 친구 !!! [annyeong ne chingu!]
Seperti yang dijanjikan, aku nak share dengan korang resipi Nasi Ayam Berempah. Tapi sekarang ni aku hanya dapat update untuk Ayam Berempah saje. Ini kerana resipi tetinggal kat rumah. Hahah. Al maklum la bodben da takde, ni kebetulan ade urusan tepakse gak pegi cc. Aku pun amek kesempatan kejap. Hehe.
AYAM BEREMPAH
nampak sedap kan? memang sedap pun ni.
[perasaan yang perasan tapi kenyataannye anda sendiri yang tentukan. haha]
Bahan utama ;
Seekor ayam
Bahan 1 ;
2 sudu Jintan Manis
2 sudu Jintan Putih
4 sudu Biji Ketumbar5 sudu Serbuk Cili [nak pedas bole tambah lagi]
1 sudu Biji Lada Hitam
4 batang Serai
8 ulas Bawang Putih
2cm HaliaAir [bole agak2 sendiri]
Bahan 2 ;
3 tangkai Daun kari
2 biji Telur
Cara membuat;
1. Blend semua bahan 1. Kuantiti air tu boleh letak anggaran sendiri tapi jangan terlalu cair.
2. Gaulkan ayam bersama telur terlebih dalulu, kemudian gaulkan bahan yang di'blend tadi. Akhir sekali baru letak daun kari.
3. Perap ayam sekurang-kurangnya 1-2 jam. Lebih lama lebih mujarab. Hehe.
AYAM GORENG BEREMPAH - digoreng
AYAM BBQ - dipanggang / dibakar [boleh tambah sos bbq dalam bahan blend]
Done! senang je kan. Next time aku akan share Nasi Ayam pulak.
S E L A M A T M E N C U B A. ^_^v


1 mosip mosip:
lapar2. nak ayam goreng gak huhu
Post a Comment