Assalamualaikum
Hari ku yang terasa letih
Tah ape yang meletihkan
Keluar tadi pergi beli barang
untuk masak 3 masakan pertama . . .
Oreo Cheesecake
Lasagne
Spaghetti
Rasanya sume benda simple
mungkin sebab terlalu kenyang
jadi awal plak rasa ngantok
Heheheh.
So sementara mata masih terbuka
aku nak share 3 resipi ni.
Bahan-bahan ;
250g pasta spaghetti [direbus terlebih dahulu]
500g Daging kisar
2 sudu minyak masak
4 ulas bawang putih [dicincang]
1 biji bawang besar [dicincang]
2 biji tomato [dicincang]
200g pati tomato
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah
Cara membuat ;
Panaskan minyak & masukkan bawang putih serta bawang besar.
kemudian masuk tomato.
Masukkan daging kisar dan gaul sebati.
Masukkan tomato, garam secukup rasa dan serbuk lada sulah.
Gaul rata dan masak selama 1 jam.
[Untuk lebih sedap,biarkan sos semalamam sebelum dihidang]
Bahan-bahan ;
Pasta lasagne - direbus selama 15minit, kemudian rendamkan dalam air sebelum digunakan.
Keju mozzarella [dipotong halus @ disagat]
Bahan untuk sos ;
500g Daging kisar
2 sudu minyak masak
4 ulas bawang putih [dicincang]
1 biji bawang besar [dicincang]
2 biji tomato [dicincang]
200g pati tomato
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah
Cara membuat ;
Sediakan sos [ikut langkah yang sama seperti sos spaghetti]
Letak pasta lasagne di lapisan paling bawah.
Di ikuti dengan sos.
Kemudian letakkan satu lagi lapisan pasta lasagne.
Taburkan keju mozarella atas lapisan pasta tadi.
Ulangi dua langkah ini untuk dua lapisan atas.
Bagi lapisan terakhir, tabur keju mozarella.
Kemudian bakar dalam ketuhar selama 5 minit.
Bahan-Bahan ;
300g keju krim
150g gula
256g telur
15g mentega [dicairkan]
25g jus lemon
6g serbuk biskut oreo
Cara membuat ;
Lekat dan susun serbuk orea pada bahagian bawah dan tepi bulatan acuan.
[sapukan minyak @ planta sebelum tabur serbuk supaya ia melekat]
Pukul keju krim dan gula hingga kembang.
Masukkan telur & jus lemon sedikit demi sedikit.
Masuk pula mentega yang telah dicairkan.
Bubuh adunan ini ke dalam acuan kek tadi.
Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama kira-kira 1 jam 15minit.
Siaplah semua resipi sempena tahun baru ni.
Ade yang rupa tak berapa menarik
tapi rasa still menarik okay!
Hahahaha.
Okey cukuplah untuk hari ni.
Perut sudah kenyang
Sudah masa untuk tidoo.
Selamat Malam.
Salam ^.^



4 mosip mosip:
ko buat ke semua ni?kagum aku lau ko yg buat weyh..berbulan2 ko dok umh de improvement dlm masakan..bgus..dh leh kawin..haha
ofcoz la tp dengan akak aku skali. hehe. aku tggu orang masuk minang je ni. hahaha
wahh.. qema kau da bertukar peofession.. jadi chef.. bukak r satu kedai makan.. t haku datang makan free.. basuh pinggan sendiri.. OK? wakaka :p
oh chef tak mungkin sbb sume resipi aku try dr buku. kah3. nk bukak kedai dlm mimpi je la, tp sape2 rase nk tempah bole la,hehe.
Post a Comment