Assalamualaikum
Kejap je dah 7 Syawal . . .
Bagi aku raya tahun ni paling seronok dan letih.
Kebiasaan raya balik kampung duk lepak2 je
pastu balik rumah dapat relak terus sampai minggu ke 2
Tahun ni lain pulak
Raya Pertama
Seperti tahun-tahun lepas
Salam atok, pakcik makcik sepupu semua
Duet raya pun dapat kat akak n sorang makcik aku
(jadila kan dari tak dapat duet raya langsung)
then petang balik kampung mak pulak
Salam atok pakcik makcik sepupu semua
tak sabar nak makan kuah kacang nenek aku
ramai pulak tetamu yang datang
tepaksa tunggu dulu
tetamu dah balik je terus serbu la ape lagi
Raya kali ni 3 x nenek kene refill kuah kacang.
banyak permintaan pulak.
Ape pun Kuah Kacang nenek memang TERBAIKKKK!!!
Tengah malam tu ade pulak budak2 kampung ronda naek motor
sambil hon2 jerit MERDEKA!!!
semangat betul budak2 nih...
Raya kedua.
Merdeka di Hari Raya
Jam 5 pagi dah bangun.
Semangat ni nak pergi panjat bukit BROGA aka Botak
Malam tu ade jugak rase risau takut takde orang
Sampai di lokasi tengok dah penuh parking.
Alhamdulillah . . . .
Dah mula mendaki tengok2 sume cina & india
Kitorang je la Melayu. hahaha
Orang sibuk beraya kitorang mendaki pulak.
Ade jugak cina yg tegur & wish Slamat Hari Raya.
Memang penuh la orang kat bukit hari tu.
Bukit ni ada stage1, stage 2 dan puncak.
Masa dah sampai stage 2 tu aku dah macam nak give up je
Letih tayah cakap la kan.
tapi disebabkan ada yang bakar2 semangat
sikit lagi sikit lagi . . . tapi jaoh lagi . . .
aku pun kuatkan jugak la.
Nampak je jaoh tapi bila dah redah tu tengok belakang balik rasa kejap je.
Akhirnya sampai jugak kat puncak.
Pertama kali daki dah sampai puncak agak hebat la. (bak kata pakteh aku. lalalalaa~)
Kitorang naek atas dari penuh orang sampai dah takde orang baru ktorang turun.
Pengalaman yang memang takkan lupa la
seronok bila kumpul dengan kazen ramai2 buat aktiviti macam ni
ktorang ni pun nak berkumpul macam memang payah la
ni pun sebab Hari Raya.

KAMI BERJAYA !!!!
Balik je dari panjat bukit terus siap2 nak pergi beraya pulak.
Hebat kan kami . . . Hahaha
pastu beraya kat umah orang gi tido pulak kan.
Naseb baek rumah sedara je.
Next plan nak panjat Bukit Jugra pulak.
tapi tah bila pulak tu . . . . .
Raya ketiga.
Petang aku dan family dah nak berangkat pulang ke rumah.
Singgah dulu rumah paklong aku kat Cheras.
smapai rumah pun dah pukul 12.
dengan tak tukar baju aku terus je tido.
Raya keempat.
Misi mengemas rumah.
Esok nenek & adik bradik mak aku nak datang
Macam-macam siapkan
Rumah pun sebelum raya kemas macam tak kemas je.
Naseb baik takde orang datang raya rumah hari ni.
Raya Kelima
Pukul 8 pagi mak aku dah bising panggil bangun
Tapi aku buat tak dengar je tido sampai pukul 10.
Ngantukkkk . . . .
Bangun terus la buat ape yang patot.
Aku sangkakan adik beradik mak aku je yang datang
sekali adik beradik ayah aku datang jugak.
Dah jadi macam open house pulak rumah ni
Siapkan makanan tak benti-benti smpai ke malam.
Alhamdulillah semua makanan yang sedia sume abes
Takde la rase membazir kene buang-buang makanan
Kueh-kueh raya yang aku & akak buat pun dapat pujian ramai
Nak bangga kejap . . . Hahahahah
Siap ade yang suh jual kueh tahun depan.
Tapi maap la ye. nak jual memang tak cukup tangan la nak buat.
Ada satu je benda pelik berlaku hari ni
Aku rasa macam aku terlebih rajin pulak
tiap kali orang dah makan aku akan kemas terus
tak macam selalu aku suke ngelak2.
ada peningkatan di sini. =))))
Pukul 10 malam baru la semua dah balik.
family aku pulak buat jamuan makan puas-puas.
=D
Raya Keenam.
Lagi sekali aku rajin . .
bangun pagi ni . . . errr dekat tengahari jugak la pagi tu
aku abeskan kemas-kemas kat dapur
sambil kunyah-kunyah kueh raya
nak sarapan takde makanan
kueh raya je la yang ade.
Tengah sibuk-sibuk nak sidai kain
Ada pulak sedara datang lagi.
kelam kabut angkat kemas semua
Adeh . . .
Naseb baek la nenek tu dah biasa
Nenek muda tu. dah lama tak jumpa tapi still ingat nama adik beradik aku
Aku pun tak ingat nama nenek tu. Hehehe
Aku pun smbung sidai kain
tengok tv aku pun telelap.
Sedar-sedar nenek tu nak balik dah pun.
nenek tu balik segar dah mata ni.
Hahahaha.
Then lipat kain sambil layan cerita 'Mak ok jer'
semalam makan da mewah2 hari ni makan nasi & telur goreng je.
jadi la kan dari takde makanan langsung.
Raya Ketujuh
Hari ni aku dah mula bekerja semula
Jaga cc seperti biasa
Semangat pun takde lagi ni
Walaupun dapat hidu duet baru-baru je yang budak-budak ni bagi
still tak dapat kembalikan semangat bekerja hari ni.
Sekian sudah la cerita seminggu raya ni.

0 mosip mosip:
Post a Comment